Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penggunaan perkataan paria bagi mempertahankan kilang nadir bumi Lynas tidak merujuk kepada sesiapa.

"Saya tidak menujukan kepada sesiapa pun. Siapa yang saya rujuk?" Katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai anggota PKR Kapar yang membuat laporan polis terhadapnya kerana menggunakan perkataan menghina.

Beliau turut mengulang pendirian kerajaan, berkata kabinet akan membuat keputusan mengenai Lynas.

"Masalah lynas ini akan diselesaikan oleh kabinet dalan jangka mangsa enam bulan," jelasnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

Pada 26 Ogos lalu, Mahathir berkata kerajaan tidak boleh melayan Lynas seperti "paria."

"Jika kami layan Lynas macam paria dan minta mereka untuk keluar dari negara ini, kami tidak akan dapat orang lain untuk datang melabur ke negara ini," katanya.