Kawasan campuran pilihan raya adalah salah satu cara untuk menghalang ahli politik berkempen di sepanjang garis perkauman dan agama, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata akan terdapat lebih banyak kawasan campuran berbanding sekarang sekiranya tidak berlaku proses manipulasi sempadan pilihan raya (gerrymandering) dan persempadanan tidak sekata (malapportionment).

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual berkumpulan yang diadakan di Wisma Putra baru-baru ini.

"Lihatlah kawasan parlimen kita pada pilihan raya umum lepas. Daripada 222 kerusi, hanya terdapat 83 kerusi yang benar-benar kerusi campuran."