Menteri luar Saifuddin Abdullah menjawab kritikan bahawa kerajaan PH gagal memenuhi banyak janji pilihan raya walaupun telah berkuasa selama lebih setahun.

Saifuddin juga menyatakan terdapat "projek kecil dan besar" yang terkandung dalam manifesto PH.

Projek besar adalah pelbagai pembaharuan yang akan mengambil masa yang lama untuk diwujudkan dan tidak mudah dilaksanakan.

Sementara itu, projek kecil adalah seperti menggantikan GST dengan SST serta isu pemansuhan tol, katanya.

Saifuddin juga mengulangi bahawa ketika PH mengemukakan manifestonya, ia tidak mempunyai akses kepada angka - bermakna penyesuaian kini perlu dibuat kepada beberapa projek kecil.

"Saya tidak akan menafikan hakikat bahawa kita mempunyai masalah dan walaupun orang tuduh kita U-turn, saya tak akan bantah. Kita ada isu-isu kita.