Surprise Me!

PKR serah pihak berkuasa isu Farhash

2019-09-05 323 Dailymotion

PKR menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes merusuh dengan senjata yang membabitkan Farhash sebagai suspek utama.

Menurutnya, parti tidak membuat sebarang tanggapan sendiri berhubung kes melibatkan pengerusi PKR Perak itu.

“Pihak berkuasa boleh melakukan siasatan sepenuhnya dan kerjasama boleh diberikan.

"Parti tak ada buat tanggapan berkenaan kes tersebut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Fahmi berkata PKR belum lagi membincangkan secara khusus mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap Farhash.

“Tak dibincangkan. Jika ada sebarang dakwaan dibuat di mahkamah, kita akan biar proses itu berjalan.

“Selepas itu, mungkin parti (baru) boleh mengambil pendirian,” katanya lagi.

Farhash disyaki terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

Buy Now on CodeCanyon