Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa berkata UMNO menjemput pimpinan parti kerajaan termasuk Lim Guan Eng menghadiri majlis perasmian Piagam UMNO-Pas.

Annuar Musa berkata, surat jemputan akan dibuat tidak lama lagi.

“Kita jemput semua parti termasuk kerajaan termasuk Guan Eng, kita beri kerusi paling empuk sekali,” katanya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis Jelajah Ceramah Umum sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Darul Ulum, Kedah.