Pihak polis Indonesia menembak gas pemedih mata bagi meleraikan kekecohan selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, semalam.

Menteri Belia dan Sukan yang turut menyaksikan perlawanan malam tadi membuat hantaran di media sosial mengenai keadaan di dalam Stadium Gelora Bung Karno.

"Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

"Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana," katanya di Instagram.

Pada perlawanan malam tadi Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua kali dan berjaya menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.