Majlis ibadah dan solat bersama pendakwah Dr Zakir Naik di Masjid Krubong, Melaka malam ini menarik kehadiran ribuan jemaah. Ketibaan Zakir Naik diumumkan selepas Azan Maghrib, kira-kira jam 7.20 malam, ketika jemaah mendirikan solat sunat. <br />Ketibaannya bersama pengerusi masjid itu, Mohd Rafiq Naizamohideen menyebabkan jemaah mengerumuni laluan karpet putih di masjid itu, sehingga Zakir terpaksa dikawal ketat oleh pengiringnya. <br /><br /> Sebaik tiba di saf paling depan bahagian mimbar masjid, Zakir mengimami kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat Maghrib.