Dalam temubual eksklusif di saluran Berita TV Alhijrah,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata setakat ini, tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula ‘White Rabbit’, yang diimport dari China.

Dapatan siasatan dari Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kimia mendapati sampel DNA untuk DNA lembu atau babi pada gula-gula tersebut adalah positif.

Sebelum ini JAKIM menyebut tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula itu yang digemari oleh kanak-kanak sekolah.