UMNO dan Pas menjemput 30 parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) pada Jumaat dan Sabtu ini.<br /><br />Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada wakil parti komponen PH akan menghadiri program tersebut atau sebaliknya.<br /><br />“Himpunan ini bersifat nasional. Kita mengundang semua parti politik dalam negara dan sebahagian besar telah memberi jawapan kehadiran. Ada yang jawab, tetapi kita tak berhasrat untuk memaklumkannya di sini.
