Pemimpin parti pemerintah sebelum ini bergantung pada semangat kebangsaan, semangat kemelayuan dan semangat kemalaysiaan, namun kini tiada lagi semangat berkenaan.

Beliau berkata, masing-masing hanya memikirkan diri sendiri dan menyertai parti itu bukan demi perjuangan bangsa, agama dan tanah air, sebaliknya untuk kepentingan serta kekayaan diri.

“Mereka hendak menjadi pemimpin pada peringkat cawangan dan pusat kerana fikir apabila menjadi pemimpin, mereka akan mendapat ganjaran untuk diri sendiri.

“Ganjaran yang diminta bukan sedikit, makin lama makin banyak. Kalau dulu RM100, RM200, sekarang RM1,000, RM2,000... akhirnya meningkat kepada RM1 bilion.

“Apabila rakyat melihat bukan lagi rakyat diperjuangkan, itu sebab rakyat rasa benci dan marah,” katanya.

Perdana Menteri berkata, parti itu juga begitu yakin bahawa walaupun rakyat tidak sukakan parti berkenaan, mereka tentu suka kepada wang ringgit.