Tular sebuah video di laman twitter memaparkan kejadian sedih di mana berpuluh-puluh burung terkulai jatuh di tanah dan perakam video mendakwa akibat jerebu melampau.

Berdasarkan bahasa percakapan individu di dalam video tersebut insiden berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia yang kini dilanda jerebu melampau.

Difahamkan, indeks pencemaran di Palangka Raya, ibu kota wilayah Kalimantan Tengah, berada pada paras 500 atau dikategorikan ‘berbahaya’.

“Burung jatuh dari langit kerana udara beracun yang kita sedut. Ini kerana aktiviti tidak bertanggungjawab yang mendatangkan bahaya kepada manusia dan haiwan,” kata seorang netizen Susan Lankester melalui Twitter.