Menurut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad, Kerajaan akan melaksanakan pergerakan kakitangan awam ke tempat yang lebih penting dalam usaha memenuhi keperluan agensi-agensi penguat kuasa seperti kastam, polis dan imigresen yang memerlukan tambahan anggota berikutan kedatangan semakin ramai pelancong dan kemasukan warga asing ke Malaysia.<br /><br />Jelasnya, kerajaan ketika ini tidak dapat membuat pengambilan baharu kerana jumlah kakitangan awam yang ada sekarang sebanyak 1.7 juta sudah terlalu banyak, selain kekangan kewangan.
