SEKUMPULAN gadis yang pernah mengandung luar nikah rayu para remaja yang terlanjur agar tidak mengikut perasaan dengan menggugurkan kandungan mahupun membuang bayi.<br /><br />Pelatih di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) di Selangor berkata cara lebih baik adalah untuk berterus-terang dengan keluarga bagi menebus kesilapan.<br /><br />Salah seorang daripadanya adalah Hani, yang mengaku hidup dalam serba salah dan trauma selepas menggugurkan kandungan kerana terlanjur dengan teman lelaki dua tahun lalu.