Jerebu tebal akibat kebakaran hutan bukan sahaja menjejaskan jutaan manusia di rantau ini, tetapi turut menyebabkan banyak haiwan mati dan jatuh sakit.

Dalam sisipan Facebook Kementerian Kehutanan dan Lindungan Indonesia, telah terpapar beberapa foto yang menyedihkan ketika menyelamatkan seekor orangutan di Ketapang.

Terkepung oleh api, orangutan ini pasrah akan akhir hayatnya dan akhirnya diselamatkan oleh BKSDA-Kalbar dan Yayasan IAR Indonesia.

Orangutan malang ini akhirnya dapat diselamatkan.
Semoga peristiwa malang ini tidak berlaku lagi.