Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berharap dapat membawa pulang ahli perniagaan paling dikehendaki, Jho Low ke negara ini, selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Katanya, beliau juga ingin mengingatkan kepada pihak yang melindungi Jho Low bahawa individu itu dikehendaki bukan disebabkan kaitan politik sebaliknya membabitkan kesalahan jenayah komersial yang dianggap terbesar.

“Ini berkaitan jenayah tetapi mengapa pihak di sana tidak mahu berikan kerjasama. Polis sudah meningkatkan usaha supaya mereka akur,” katanya.

Abdul Hamid turut menganggap Jho Low adalah individu paling licik dan mempunyai agenda jahat berikutan individu itu menggunakan wang bagi membeli pengaruh selain memberikan rasuah untuk kepentingan sendiri.