Laungan" Tangkap pembunuh" di luar mahkamah menganggu sidang akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berikutan keputusan mahkamah bahawa kematian Muhammad Adib Mohd Kassim adalah akibat perbuatan jenayah.

Difahamkan anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mengetuai orang ramai dalam "Undur Zuraida" ketika Zuraida sedang ditemuramah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan disampaikan mahkamah koroner hari ini.
Kata Zuraida, pihaknya telah berusaha sedaya upaya bagi menegakkan keadilan buat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.