Veteran PAS dan Umno menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan parti masing-masing bagi menjayakan Muafakat Nasional.

Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa, berkata pada mesyuarat itu pihaknya bersama Assabiqun PAS akan menganjurkan sidang khas bagi membincangkan Piagama Muafakat Nasional.

Katanya, sidang khas itu akan diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijadualkan pada pertengahan bulan Nov nanti.

"Program ini akan diadakan dua tiga hari sebelum perhimpunan agung Umno, ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentahg Piagama Muafakat Nasional khususnya kepada rakan-rakan gabungan kita.

"Kita mahu melihat agenda besar ini membawa kebaikan kepada negara, jadi kita tidak mahu ada kawan-kawan yang boleh jejaskan Muafakat Nasional," katanya.