Sekurang-kurangnya tujuh maut apabila pesawat pengebom Perang Dunia Kedua, yang membawa 13 penumpang dan anak kapal, terhempas di lapangan terbang Connecticut, di timur laut Amerika Syarikat, semalam.

Pesawat Boeing B-17, yang digunakan tentera udara Amerika Syarikat ketika menentang Jerman dan Jepun, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley, sewaktu mendarat pada jam 10 pagi (waktu tempatan).

Menurut pihak berkuasa, 10 penumpang dan tiga anak kapal berada di dalam pesawat itu, yang dikendalikan oleh Yayasan Collings.

Yayasan itu menguruskan urusan tempahan peminat bidang penerbangan, yang mahu memperoleh pengalaman menaiki pesawat vintaj.

Pegawai perkhidmatan bencana negeri, James Rovella, mengesahkan terhadap mangsa yang terkorban tetapi berkata, masih terlalu awal untuk mendedahkan jumlah sebenar angka kematian.