Surprise Me!

Insentif RM30,000 untuk penjawat awam yang dedah penyelewengan

2019-10-04 1 Dailymotion

Kakitangan awam yang berjaya mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan dianugerahkan Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA) serta diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000.

Menteri Kewangan (MOF), Lim Guan Eng berkata, setiap aduan salah laku dan penyelewengan perlu disalurkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kami akan lindungi (pemberi maklumat) dan beri mereka ganjaran," katanya.

Beliau berkata, anugerah tersebut adalah selaras dengan dasar kementerian ke arah penjimatan.

"Tidak hanya kepada warga MOF, ia terbuka kepada semua kakitangan awam yang berani melaporkan sebarang salah laku dan penyelewengan," katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan dibebankan dengan kemelut kewangan dan penyelewengan membabitkan RM150 bilion menyamai RM5,000 bagi setiap rakyat Malaysia.

"Harus ditekankan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan tahap tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ekoran masalah kewangan diwarisi," katanya.

Buy Now on CodeCanyon