Seawal jam 8.30 pagi orang ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam bagi menyertai Kongres Maruah Melayu.

Kebanyakan kaum lelaki memakai busana baju melayu beserta tanjak dan yang wanita berbaju kurung tradisional.

Kongres Maruah Melayu, perhimpunan yang diadakan untuk menangani cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu, bermula di Stadium Malawati di Shah Alam pagi ini.

Kongres ini dianjurkan oleh Pusat Akademi Pusat Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan UPSI.

Dalam video klip rakaman jurukamera kinitv sempat melihat, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bersalaman dan memeluk Ahli Parlime Sembrong Hishamuddin Hussain, sambil berkata " miss u (rindu kepada anda) "dan Hishamuddin menjawab "Dont worry, Im around (Jangan risau, saya masih ada "