Himpunan Kongres Maruah Melayu bukan rasis atau bermotifkan politik kerana ia hanya membincangkan soal maruah orang Melayu tanpa mengecam kaum-kaum lain.<br /><br />Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semua yang hadir pada kongres itu juga bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas kesedaran demi maruah bangsa Melayu.<br /><br />“Tidak rasis kerana kita hanya bercakap soal Melayu, kita tidak kecam mana-mana kaum dan yang hadir juga tidak mewakili parti tetapi kerana mereka orang Melayu,” katanya dalam sidang akhbar sebaik kongres itu berakhir