Surprise Me!

SPRM : Nazir Razak dipercayai terima RM25.7 juta dari 1MDB

2019-10-07 4,703 Dailymotion

Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak, dipercayai menerima wang berjumlah RM25.7 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Perkara itu didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, ketika mengumumkan senarai 80 individu dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB.

Beliau berkata, Mohamed Nazir yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah antara individu menerima jumlah wang tertinggi daripada senarai 80 penerima terbabit.

Katanya, bagi syarikat pula, penerima wang tertinggi ialah Solar Shine Sdn Bhd yang menerima RM134 juta.

“Penerima kompaun perlu menjelaskannya dalam tempoh dua minggu selepas notis dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Buy Now on CodeCanyon