Dewan Rakyat hari ini gamat sebentar selepas kenyataan seksis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipah Maidin kepada Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman.

Hanipa Maidin berkata demikian kepada Azalina semasa menjawab perdebatan untuk memansuhkan Akta Anti-Berita tidak benar hari ini.

Hanipa berkata bahawa dia tidak dapat menentukan jantina Azalina.

"Kadang-kadang (Pengerang) kelihatan seperti seorang lelaki, kadang-kadang (Pengerang) kelihatan seperti seorang wanita, bahkan saya tidak dapat mengecam," kata Mohamed Hanipa yang menyebabkan setengah jam tergendala ekorang insiden ini di Dewan Rakyat.

Kata-katanya adalah sebagai tindak balas kepada kenyataan Azalina pada permulaan debat, ketika dia menyatakan bahawa dia perlu memakai kacamata untuk melihat Mohamed Hanipa dengan jelas.

Hanipa kemudian meminta maaf dan berkata dia dan Azalina adalah kawan.