Surprise Me!

'Perkauman timbul kerana rakyat hilang percaya pada k'jaan'

2019-10-11 558 Dailymotion

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan.

Katanya, beliau percaya, isu perkauman hanyalah menjadi “satu pelantar” kepada hilangnya kepercayaan dalam kalangan rakyat dalam banyak perkara, yang akhirnya mencetuskan suasana “gusar dan gundah gulana”.

“Saya percaya, soal kehilangan kepercayaan inilah yang melatari. Dan dari mana datangnya motivasi itu? Sudah pasti dalam pelbagai perkara dan bentuk yang kita tak jangkakan.

“Bila kehilangan kepercayaan itu wujud, maka hilanglah keyakinan, dan keyakinan yang hilanglah yang membentuk suasana hilang kedamaian, kacau bilau yang timbul hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai di Hotel Concorde Shah Alam, malam tadi.

Buy Now on CodeCanyon