olis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membawa pulang 40 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan yang menyatakan hasrat untuk pulang semula ke negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata jumlah itu melibatkan 11 lelaki dewasa dan 29 perempuan dewasa serta kanak-kanak.

"Seramai 40 daripada 65 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria telah berhubung dengan pihak kami dan menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia.

"Kami jangka jumlah rakyat yang ditahan di sana yang ingin pulang ke negara ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

Ayob Khan berkata pihak polis hanya terlibat pada peringkat awal dalam urusan membawa pulang semua tahanan rakyat Malaysia di Syria dan keputusan mengenainya bergantung kepada kerajaan serta hubungan dengan agensi-agensi luar.

"Mereka kini ditahan di Penjara Al-Hasakah manakala wanita dan kanak-kanak ditahan di kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," katanya.