Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor diperintah untuk membela diri berhubung pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Adnan.

Tengku Adnan, 68 atas kapasitinya selaku penjawat awam dituduh menerima RM2 juta daripada Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd.

Cek tersebut didakwa didepositkan ke akaun bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan, dan diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.