Tuduhan bahawa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) cuba dihidupkan semula di Malaysia adalah tidak masuk akal, kata Timbalan Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Dalam satu kenyataan bertulis, beliau berkata perjuangan bersenjata oleh LTTE telah berakhir pada 2009 dengan kemusnahan kepimpinannya dan pembunuhan lebih seratus ribu orang Tamil.

"Oleh itu, tidak masuk akal untuk memikirkan bahawa LTTE akan dihidupkan semula di Malaysia atau di tempat lain.

"Mengenang LTTE dalam cara peringatan mangsa perang bukannya sama dengan menghidupkan kembali kumpulan ini untuk perjuangan bersenjata sekali lagi," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan bahawa LTTE cuba dihidupkan melalui aktiviti-aktiviti Parti Naam Tamilar Katchi atau NTK yang diketuai oleh Senthamilan Seeman, seorang pelakon yang menjadi ahli politik di Tamil Nadu, India.