Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) meminta pengurusan baharu akhbar itu mengambil kembali lebih 800 kakitangan yang ketika ini diberi cuti tanpa gaji sehingga hujung bulan.

Presiden KVUM, Khalid Yunus berkata kepada pemberita dalam sidang media berhubung isu pemberhentian perniagaan syarikat Utusan Melayu, di Ampang, hari ini.

“KVUM minta pengurusan baharu akhbar serap kembali lebih 800 pekerja itu.

“Ini sudah menyentuh soal kemanusiaan. Fikirkan jika seorang pekerja perlu menampung tiga lagi ahli keluarganya, ia sudah memberi kesan kepada kelangsungan hidup kira-kira 3,200 orang.