Ramasamy berkata beliau tiada masalah jika kerajaan mahu membentangkan kertas putih berkaitan penglibatan rakyat Malaysia dan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun, beliau menuntut tindakan sama dibuat dalam isu lain seperti dakwaan pemimpin PAS menerima wang 1MDB, kumpulan bersenjata IS dan penceramah kontroversi Zakir Naik.

“Saya mengalu-alukan (pembentangan kertas putih tersebut), tapi saya juga minta kerajaan sediakan kertas putih tentang 1MDB.

“Saya juga minta kertas putih mengenai Zakir Naik. Kenapa perlindungan diberi kepada Zakir Naik?” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.