Dr Wan Azizah menegaskan, lanjutan cuti itu akan membolehkan ibu mempunyai lebih masa bersama bayi baru dilahirkan.

“Kita mahu ibu dan anak sentiasa bersama, mahu yang terbaik untuk generasi akan datang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengakui menerima pelbagai bantahan daripada kalangan majikan berhubung langkah itu, namun sedia meneliti permasalahan dibangkitkan.

“Biasalah, apabila kita keluarkan rancangan baharu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Ada yang suka, ada yang kata ada masalah.

“Majikan memang kata ada masalah kalau 90 hari pekerja tak datang bekerja kerana ia akan mewujudkan suasana ‘kehilangan’ bagi majikan,” katanya.