Aktivis transgender Nisha Ayub enggan melayan kecaman sesetengah pihak setelah dinobat sebagai kalangan 100 wanita paling berpengaruh dan memberikan inspirasi oleh BBC.

Nisha menyifatkan penyenaraiannya dalam senarai tahunan itu sebagai pengiktirafan penting terhadap kewujudan komuniti transgender, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih, satu rangkaian antarabangsa sanggup mengiktiraf seorang transgender dari Asia macam saya untuk diberikan pengiktirafan sebegitu.

“Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BBC World kerana memilih saya sebagai salah seorang daripada 100 wanita hebat dalam senarai itu.