Penasihat komunikasi dan media Perdana Menteri A Kadir Jasin dalam kenyataan di media sosial membidas Menteri Pengangkutan Anthony Loke kerana membuat kenyataan yang disifatkan menjejaskan pasaran.

Wartawan veteran itu merujuk laporan berita yang melaporkan bahawa Loke bercakap dalam forum pelaburan mengenai hasrat kerajaan memperkenalkan model perkongsian awam-swasta untuk operasi lapangan terbang pada masa depan.

Perkara itu dilihat akan membuka kemungkinan pemain baru mengambil bahagian dalam operasi lapangan terbang selain daripada Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

Ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini, Loke mengeluh menjelaskan kenyataannya pada forum tertutup Khamis lepas.