Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, rebah ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, jam 3.15 petang tadi.<br /><br />Susulan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, menangguhkan persidangan Dewan Rakyat lima minit.<br /><br />Selepas diberi rawatan kecemasan di dalam Dewan, Mansor kelihatan sedar dan dipapah keluar kira-kira 10 minit kemudian.