Kerajaan pusat menyarankan negeri Sarawak dan Sabah mengikut langkah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bagi mengetatkan hukuman kepada individu yang memburu hidupan liar secara haram.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pihaknya yakin tindakan meminda akta sedia ada dapat mengekang aktiviti pemburuan haram sekaligus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pemburu haram.

Menurutnya, peristiwa pembunuhan seekor gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati di Sabah membuktikan pemburu haram semakin berani membunuh hidupan liar dilindungi di negara ini.

“Ini antara sebab mengapa saya mahu pinda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dengan meningkatkan tempoh penjara dan juga denda kalau ada yang ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Namun akta ini hanya untuk semenanjung, jadi saya minta minta kerajaan Sabah dan Sarawak mengikut akta yang akan kita bawa ke Parlimen pada sesi pertama Dewan Rakyat tahun depan.