Kerajaan India belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu minyak sawit Malaysia-India walaupun terdapat pihak tertentu menasihatkan negara itu supaya tidak membeli produk berkenaan dari negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Yang lebih penting ialah kerajaan mereka belum membuat sebarang kenyataan. Oleh itu, kita tunggulah dasar kerajaan (India) mengenainya,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdapat pihak tertentu, termasuk warganet, individu dan persatuan perniagaan di India, membuat gesaan itu susulan kenyataan Dr Mahathir mengenai Jammu dan Kashmir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York bulan lepas.

Dr Mahathir berkata, Malaysia akan mencari jalan untuk menangani dan berkomunikasi dengan mereka, sambil menegaskan bahawa tindakan setakat ini bukanlah dari kerajaan India.