Surprise Me!

LTTE : Tiada jaminan suspek bebas sebelum Deepavali, IGP bersimpati

2019-10-23 1 Dailymotion

Pihak polis tidak dapat memberi jaminan suspek yang dikaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan dibebaskan sebelum Deepavali hujung minggu ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pembebasan berkenaan bergantung kepada siasatan yang dijalankan pihaknya serta keputusan peguam negara sama ada mahu melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

"Pada masa ini pasukan penyiasat sedang mempercepatkan siasatan untuk menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara sama ada untuk menolak atau mendakwa mereka di mahkamah.

"Jadi, proses itu memerlukan masa. Saya bersimpati kerana perayaan Deepavali semakin hampir, tetapi tindakan pihak saya semata-mata dibuat berdasarkan kerperluan dan kepentingan keselamatan.

Buy Now on CodeCanyon