Surprise Me!

Pembangkang pertikai MP Jelutong tidak pernah digantung meski berkali langgar peraturan parlimen

2019-10-23 1 Dailymotion

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang menggantung Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Ismail turut mempertikaikan mengapa Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer tidak pernah digantung meskipun selalu melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Beliau turut mempersoalkan adakah ahli Parlimen dari kerajaan kebal daripada sebarang tindakan dan hanya wakil rakyat pembangkang yang dihukum jika melakukan kesalahan.

“Abdul Azeez digantung dua hari hanya kerana sebut speaker berat sebelah. Baling dah mohon maaf dan tarik balik tapi tetap digantung.

“Kalau nak dibandingkan, Jelutong berkali-kali buat kenyataan yang bertentangan dengan akta dalam Dewan Rakyat tapi tak pernah dikenakan tindakan.

“Tak pernah nampak Jelutong dari awal sampai sekarang diarahkan keluar dewan sedangkan hari-hari beliau langgar peraturan dewan. Semua orang tahu, rakyat pun tahu,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, speaker perlu berlaku adil, tidak mewakili mana-mana parti sebaliknya mewakili semua wakil rakyat.

Buy Now on CodeCanyon