Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan pandangan pakar sejarah berhubung fakta yang terkandung dalam komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama’.<br /><br />Setakat ini sebanyak 46 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kandungan komik berkenaan serta pengedarannya di sekolah menengah seluruh negara.<br /><br />Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan polis untuk mendapatkan pakar atau tokoh sejarah adalah bagi membantu siasatan berhubung kesahihan maklumat dalam komik berkenaan.
