Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kewibawaan DAP akan terus terjejas walau pemimpinnya menafikan kaitan parti itu dengan komik Hew.<br /><br />"Ini kerana orang tidak percaya. Kalau secara langsung mereka sudah terlibat (menerusi prakata yang ditulis Lim) dan nak kata mereka tidak tahu-menahu, ia satu tindakan yang membawa kepada kerosakan kredibiliti DAP," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.<br /><br />Beliau juga menyuarakan sokongan kepada keputusan Kementerian Pendidikan yang menyekat pengedaran komik itu di sekolah.