Tiga isteri tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 disabitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mengadakan mogok lapar di luar Bukit Aman. <br /><br />Ketiga-tiga mereka tidur diluar ibu pejabat polis itu sejak empat hari lepas dan berikrar tidak akan meninggalkan tempat itu sehingga suami mereka dibebaskan. <br /><br />Mereka memohon kerajaan Malaysia melepaskan suami mereka sebelum perayaan Deepavali.
