Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan meletakkan bidang pendidikan sebagai teras utama dalam pembinaan Malaysia baharu yang inklusif dan gemilang di persada dunia.

"Malaysia kini merupakan antara destinasi pilihan utama untuk pelajar antarabangsa. Kerajaan mengambil berat usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan ahli akademik melalui aktiviti pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penulisan ilmiah, khidmat pakar dan perundingan.

"Semakin tinggi keupayaan dan kemahiran ahli akademik secara langsung pelajar yang dididik akan menjadi pelajar yang unggul dan berkemampuan," katanya.

Pada majlis itu Dr Mahathir turut menyampaikan anugerah Tokoh Akademik Negara 2019 kepada ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid dari Universiti Kebangsaan Malaysia.