Ketua Polis Negara turut mengulangi gesaan untuk kerajaan meluluskan hukuman mandatori sebat kepada penjenayah hutan dan haiwan sebagai amaran serta pengajaran.

Sementara itu, Hamid mengulangi arahan kepada anggotanya yang terlibat dalam menjaga khazanah flora dan fauna negara untuk menembak mati pemburu haram yang menyerang agensi penguatkuasaan hutan.

“Mereka diserang, penguat kuasa kita pula yang lari, sedangkan pemburu haram warga asing ini tidak lari dan ugut pula pihak penguat kuasa kita. Ini memang tidak boleh diterima.

“Jadi, sekiranya mereka berani bertindak ke atas anggota Jabatan Perhilitan, kita akan letakkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Senoi Praaq.

“Sekiranya pemburu haram bertindak, boleh mencederakan anggota kita hingga menyebabkan kematian, mereka boleh melepaskan tembakan, tembak sampai matipun tidak mengapa.”