Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia menghadapi tekanan untuk menutup akaun bank individu dan syarikat Iran, tetapi beliau mempertahankan hubungan dua hala dengan Tehran di tahap baik.

“Kita dipaksa menutup akaun bank itu oleh pihak tertentu. Jika tidak, mereka akan tutup bank kita di luar negara,” katanya sambil menambah orang ramai boleh meneka siapa pihak itu.

Ditanya jika tindakan itu akan menyukarkan pergerakan warga Iran di negara ini, Mahathir berkata, itulah tujuan langkah berkenaan.

Tetapi, katanya, ia tidak bermakna Malaysia “membantu” menyekat pergerakan warga Iran di sini, sebaliknya negara dipaksa berbuat demikian.

“Ia adalah bentuk buli yang dilakukan orang sangat berkuasa.”

Terdahulu, Reuters hari ini melaporkan beberapa bank di Malaysia menutup akaun individu dan syarikat Iran, dipercayai ada kaitan dengan sekatan yang dilaksanakan Washington.