Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Abdullah secara bergurau berkata PAS perlu menyokong calon PH, Karmaine Sardini yang merupakan calon Islam dan mempunyai rekod baik.<br /><br />“Bagaimana mereka (PAS) akan berkempen di Tanjung Piai kerana mereka menyokong dan bekerjasama rapat dengan Umno. Saya rasa PAS perlu sokong calon PH.<br /><br />“Mereka pernah berkempen menggunakan isu kaum dan agama untuk memilih calon di tempat lain. Jadi, terserah kepada rakyat untuk lihat parti mana yang berterus-terang,” katanya di lobi Parlimen hari ini.