Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mempersoal Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad kerana tidak menjawab soalan tentang Kampung Baru ketika sessi penghujahan di Parlimen.<br /><br />"Mungkin strategi mereka tidak menjawab soalan," katanya kepada pemberita di lobi.<br /><br />Minggu lepas, Khalid berkata beliau yakin pemilik tanah Kampung Baru akan bersetuju dengan tawaran kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi untuk membeli tanah mereka untuk pembangunan semula.
