Negeri Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf ́muallafah qulubuhum` iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.<br /><br />Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata golongan bukan Muslim layak menerima bantuan berkenaan atas syarat yang ditentukan oleh Ulil Amri atau pemerintah.<br /><br />“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” tegasnya.
