Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata ada kesan apabila Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bertanding di Tanjung Piai.

Jelas beliau, jika BN meletakkan calon Melayu, maka PH akan mengalami masalah besar.

Maka dengan situasi ini, ianya memberi kelebihan kepada PH untuk memenangi PRK Tanjung Piai ini.

Hal ini kerana pengundi di situ mengharapkan BN meletak calon dari Umno.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan analisis awal PRK Tanjung Piai di Shah Alam pagi tadi.