Kemerosotan harga kelapa sawit menjadi isu penting buat sebahagian daripada pengundi terutama yang terlibat sebagai pekebun kecil di kawasan ini.

Calon PH, Karmaine Sardini, berkata penanam kelapa sawit patut tetap bersyukur.

Ketika berucap di pusat daerah mengundi Penerok malam tadi, Karmaine berkata PH menerima banyak aduan tentang harga minyak kelapa sawit yang merosot ke RM270 bagi setiap satu tan.

“Kita RM270 tu patut syukur sangat sebenarnya. (Harga) RM270 tu banyak, bukan sikit... banyak sebenarnya.

“Duduk kampung apa sangat nak bayar? Nak makan sayur, tanam sendiri. Cuma yang perlu isi minyak. Benda ini kena syukur walaupun sedikit, kita masih dapat makan,” katanya.

Dia turut berkata keadaan pernah menjadi lebih teruk semasa negara ini di bawah pemerintahan BN apabila harga minyak sawit jatuh serendah RM87 setan.