Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein membidas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kerana sering memainkan isu politik berbanding menjalankan tugas hakiki.

Hishammuddin juga berkata dia mahu Mat Sabu bergerak ke hadapan dan tidak hanya fokus kepada siasatan aset pertahanan pada zaman Hishammuddin menjadi menjadi pertahanan.

"Setiap hari fikirkan isu-isu siasatan aset pertahanan, tanah Mindef, bila nak buat kerja?" katanya ketika bertemu media di lobi parlimen, pagi tadi.