Ekoran kemunculan Najib pada hari penamaan calon PRK Tanjung Piai pada Sabtu lalu, hakim hari ini mengeluarkan amaran untuk tidak bertolak ansur kepada sebarang cubaan mengelirukan mahkamah.
Khamis lalu Najib mengemukakan sijil cuti sakit selama sehari dari klinik sebagai alasan untuk tidak dapat menghadiri perbicaraannya.

Hakim Sequerah mengeluarkan amaran keras itu selepas Gopal mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk ia diberikan ke atas Najib.

Pada 31 Okt lalu prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan selepas mata Najib mengalami alahan menyebabkan ia bengkak dan sakit.

Bagaimanapun keesokan harinya beliau muncul di Johor menjelang hari penamaan calon. Kata Sequerah, mahkamah tidak akan bertoleransi terhadap sebarang usaha mengelirukannya.

Jika ada isu berbangkit, mahkamah tidak teragak-agak untuk menghukumnya sebagai menghina mahkamah.